Tuesday, November 25, 2008

Aku Kembali...

Dah lama sangat-sangat tak menjenguk dan menulis dalam blog ni. Sepanjang tempoh kuliah satu semester memang aku tak sentuh blog aku ni..

(Foto bersama Faisal Tehrani, selepas Teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun)

Sepanjang cuti semester ni aku dah habiskan baca 2 buah novel Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu dan Surat-Surat Perempuan Johor. Novel Faisal Tehrani seterusnya yang akan dibaca, Saasatul Ibaad ( Pelaku Siasah ).


Ayah berpesan, "Maafkanlah makcik kau. jangan biar nafsu kau duduk terbelenggu di bawah tekanan diri, biar ia kembali duduk di bawah teduhan tauhid dan kemuliaan Allah."

Ayah tahu saya kurang gemarkan makcik pada mulanya. Membenci dan sukar menerima seorang ibu tiri. Tidak mahu memaafkan malah. Tetapi wanita itu jugalah yang di akhir hayatnya amat berkesan dalam hati saya. Kerja Tuhan membalikkan hati manusia sangat mudah.

Apa kata Allah tentang kemaafan? Mengapa saya tidak merujuk kepada kata-kata Pencipta saya?- " Dan balasan jahat dengan jahat seumpamanya, maka barangsiapa yang suka memaafkan, maka balasannya atas Allah, sesungguhnya dia tiada suka orang-orang yang aniaya"

...Kemaafan itu bermurah hati, berasa belas kasihan dan berbuat ihsan sehinggakan kuasa yang ada untuk membalas dendam itu tidak pernah digunakan lantaran memilih akhlak murni dan budi pekerti yang luhur suci.

Petikan dari novel Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani

Kepada sahabat-sahabat, selamat memanfaatkan cuti. Gunakan masa yang ada untuk memperluaskan dan memperbanyakkan bacaan.

No comments: