Friday, June 13, 2008

LAPIS LAZULI.. juga biru



Lapis Lazuli

Lapis Lazuli; (Na, Ca)8 (Al, Si)12 O24 (SO4, Sn) diambil dari perkataan Latin "lapis lazulus". Perkataan asalnya merupakan frasa Arab: "lazward" dan "azure". Lapis lazuli bukannya sejenis mineral tetapi merupakan batu yang terjadi hasil penggabungan beberapa jenis mineral seperti lazurite, calcite, pyrite, dan felspathoids (daripada kumpulan sodalite) seperti nauyne dan nosean. Dahulu, Tamadun Rom mengenalpasti lapis lazuli sebagai sapphire kerana warna birunya. Lapis lazuli mempunyai kualiti setanding jed, fairus, dan opal. Malah Tamadun Mesir Purba menggunakannya sebagai perhiasan dan tembikar. Lapis lazuli ialah permata yang pernah diceritakan dalam "Hikayat Seribu Satu Malam" (Arabian Night) yang digambarkan sebagai batu permata dengan warna biru pekat dengan kilauan keemasan seperti bintang. Kilauan ini disebabkan oleh inclusion dari mineral pyrite (ferum sulfit).

Lapis lazuli merupakan salah satu batu permata terawal yang dipakai oleh manusia. Ahli arkeologi pernah menemui perhiasan seperti rantai, loket dan gelang serta kraftangan yang diperbuat dari batu ini. Ini membuktikan Tamadun lama seperti Mesopotamia, Mesir, Persia, Greece, dan Rome menghargai batu ini sebagai batu permata yang cukup istimewa. Terdapat bukti yang menunjukkan lapis lazuli diperdagangkan dengan meluas sekitar 4000 tahun sebelum Masihi di Sungai Euphrat di Bandar Ur, Mesir. Alexander The Great memperkenalkan lapis lazuli di Eropah dan digelar "ultramarine" yang bermasud "beyond the sea" (dari dasar laut) kerana warna biru yang cantik pada batu ini.

Lapis Lazuli mempunyai corak yang seragam dan permukaan yang bergranul kerana kehadiran kristal. Permukaan batu ini adalah opaq dan separa opaq menjadikannya mudah digilap. Batu ini biasa mempunyai warna biru tua. Terdapat juga yang mempuyai tompokan putih dimana tompokan ini menurunkan nilainya. Lapis lazuli yang paling berharga mempunyai warna biru-ungu yang seragam. Lapis lazuli terjadi jutaan tahun dahulu apabila batuan jenis metamorphosis mengubah kapur menjadi marble (batuan marmar). Secara semulajadi, lapis lazuli berwarna biru pucat dengan campuran biru pekat dan mempunyai golden inclusion dengan jalur putih dari marmar. Mineral diopside dan lasurite bergabung dengan batuan granit membentuk lapis lazuli. Namun demikian, lapis lazuli adakalanya dikelirukan dengan batu sodalite.

Lapis lazuli tidak begitu keras dengan nilai 5 hingga 5.5 pada skala Mohs kerana kandungan sulfur dan kalsium yang merupakan bahan utama di dalam batu ini. Corundum pula memberikan warna biru pada batu ini. Lapis lazuli yang terbaik didapati di Afghanistan. Selain itu, terdapat juga di negara Chile, Siberia, Burma, Pakistan, Angola, dan Kanada.

P/s: inipun satu lagi "permata yang dicari". Tertarik dengan namanya, rupanya ciptaan Ilahi ini juga secantik namanya..

No comments: