Monday, June 23, 2008

PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN... sejauh mana umat Islam mengetahuinya

Ia disebut juga sebagai konsumerisme, iaitu hal-hal yang berkaitan dengan produk-produk atau perkhidmatan yang ada di dalam pasaran. Seharusnya umat Islam mengambil berat tentang isu-isu kepenggunaan, terutamanya isu yang berkaitan dengan halal dan haram sesuatu produk atau barangan, khususnya produk makanan. Hal ini kerana ia sangat berkait rapat dengan darah daging kita. Bagaimana sekiranya makanan haram itu masuk ke dalam tubuh badan kita, tanpa kita sedari, ia boleh mempengaruhi sifat dan sikap kita, lebih-lebih lagi ia sangat dilarang dalam Islam.
Perhatikan dahulu kandungan bahan yang ingin dibeli. Ya, produk itu mempunyai tanda halal yang tertera, tetapi jika kita mempelajari sedikit-sebanyak maklumat tentang sesuatu kandungan makanan, kita akan dapati sebenarnya kita telah tertipu dengan syarikat yang mengeluarkan produk makanan itu. Misalnya, kandungan E471 (Emulsifier/Pembaur jenis 471), ia sememangnya mengandungi kandungan lemak babi. Emulsifier ini biasanya terdapat di dalam makanan seperti coklat, kek, ais krim, marjerin, dsb. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk. Begitu juga dengan makanan daging yang diproses seperti fish cake, fish ball, dan yang seumpama dengannya. Untuk memberi kekentalan dan kekenyalan kepada fish cake dan fish ball, selalunya akan dibubuh bahan daripada plasma darah binatang. Sedangkan darah adalah haram dimakan sepertimana yang telah termaktub di dalam al-Quran.
Pendidikan konsumerisme ini amat penting sebenarnya. Saya sendiri sangat bimbang dengan keluaran produk-produk yang ada di pasaran sekarang. Benarkah ia benar-benar halal dan suci? Bolehkah kita percaya dengan label Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sendiri, sedangkan banyak terjadi kes-kes produk yang telah ter'kantoi' apabila pemeriksaan dijalankan, walhal mempunyai tanda halal?
Begitu juga dengan makanan-makanan yang dihidangkan di hotel-hotel dan restoran. Kadang-kadang penjagaan kebersihan restoran dan hotel sangat diabaikan. Bayangkan, lalu ke anda makan nasi ayam yang tidak dibasuh sayur saladnya, dan ayamnya yang digantung-gantung di tepi longkang? Berselerakah anda jika anda mengetahui bahawa ayam yang dimakan rupa-rupanya tidak dibasuh dan disiang dengan bersih? Ayam, daging, sayur-sayuran, termasuklah pinggan mangkuk tidak dicuci dengan air mengalir? Sanggupkah anda makan burger benjo, roti canai telur yang tidak dibasuh telurnya sebelum dipecahkan? Dengan keadaan najis yang kadang-kadang masih melekat pada kulit telur itu?
Ditambah lagi pula dengan info yang mengatakan bahawa terdapat barangan-barangan dan produk yang perlu diBOIKOT kerana ia adalah daripada syarikat Yahudi. Seperti mana yang kita ketahui, puak Yahudilah yang zalim, kejam, dan ganas dalam terang dan dalam diam cuba menghancurkan umat Islam. Harus diambil berat isu ini kerana walau sedikit sokongan kita kepada Yahudi, sudah cukup untuk menguntungkan mereka, dan sudah cukup untuk mereka menghasilkan sebutir bom untuk memporak-perandakan umat Islam.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya seorang yang sangat ekstrim, sangat rigid dalam soal ini. Mungkin ada yang mengatakan, kalau macam tu, kita nak makan apa? Ini tak boleh, itu tak boleh, semua tak boleh..! Memang agak sukar sebenarnya mencari makanan atau produk yang betul-betul halal dan bersih, saya sendiri pun pening memikirkan makanan apa yang selamat untuk dibeli dan dimakan. Tapi, bagi saya, small matter, matters. Benda yang kecil pun perlu diambil berat, kerana yang kecil inilah yang boleh memberi kesan yang besar.
Antara cadangannya mungkin kita boleh beralih kepada pembelian produk-produk Bumiputera Islam, misalnya HPA, Halagel, dan lain-lain lagi yang semakin banyak di pasaran sekarang. Walaupun mungkin kadang-kadang jenis ini tidak sama dengan produk yang lebih berjenama dan terkemuka, yang lebih sedap, tetapi itu lebih baik untuk kesan jangka panjangnya. Umat Islam sendiri harus berusaha bersaing menghasilkan produk-produk halal dan suci yang setanding dengan produk-produk komersial yang ada sekarang ini. Maklumat-maklumat tentang kepenggunaan harus juga disebarluaskan melalui media massa, supaya masyarakat didedahkan dengan maklumat2 dan informasi terkini berkaitan kepenggunaan. Inilah masanya untuk kita membantu Umat Islam sendiri... Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi..
Walllahua'lam.

No comments: